Sumber:Rasak Laut Bravehost
Bersempena Bulan Ramadhan 1403H

Surau Kampung Rasak Laut..



Tun Dr. Haji Sakaran Dandai, Yang DiPertua USIA, mantan Yang DiPertua Negeri Sabah bersama-sama umat Islam kampung ini mengadakan Sholat Fardhu Jumaat di Masjid Jamek Al- Amin Kg. Rasak Laut, pada 28 Ogos,2009 yang lalu.

Sejurus tiba di Masjid Jamek pada hari tersebut, sebelum bermula sholat Fardhu Jumaat, beliau sempat memberikan nasihat kepada para jemaah, yang antara lainya ialah mengesa agar umat Islam sentiasa bersatu padu demi untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.
Beliau juga menekankan betapa pentingnya perpaduan rakyat serta berdiri teguh di belakang kerajaan yang memerintah, iaitu kerajaan yang telah banyak memberi jasa kepada rakyat selama ini.
Selepas menyempurnakan sholat fardhu Jumaat pada hari itu, beliau juga meluangkan masa untuk beramah mesra serta menyampaikan sumbangan sampena bulan Ramadhan kepada para jemaah yang hadir.
Tun Dr. Haji Sakaran Dandai sebelum ke kampung Rasak Laut, beliau berada di daerah Kudat bersama-sama umat Islam berbuka puasa dan menunaikan sholat sunat terawih. Selepas melawat daerah Kota Marudu, beliau serta rombongan meneruskan lawatan ke daerah Kota Belud pada hari tersebut.
Turut bersama dalam lawatan bersempena bulan Ramadhan ini, ialah Datuk Haji Matussin Ag Damit, Timbalan Yang Di Pertua USIA, Datuk Abdullah Hussin, Setiausaha Agong USIA, Tuan Haji Abdul Latif Kandok, Ketua USIA Bahagian Kudat dan beberapa orang Jawatankuasa USIA pusat.
Ketibaan beliau di kampung Rasak Laut, telah disambut oleh Ustaz Abdul Kahar Abdul Rahman, Ketua USIA Bahagian Kota Marudu, En.Zaman Haji Bayang, Pengerusi Sambutan, En. Kotung Bin Ulang, Pengerusi Badan Masjid Jamek Rasak Laut, serta semua ahli badan Masjid.
Sebagai penghargaan masyarakat kampung di atas lawatan ini, Tun telah dihadiahkan sebakul buah-buahan yang telah disampaikan oleh En. Kotung Bin Ulang, Pengerusi Badan Masjid Jamek kampung Rasak Laut.
Tun Dr.Haji Sakaran Dandai adalah seorang pemimpin tertinggi yang pertama berkunjung ke Rasak laut, yang mana selama ini Kg. Rasak laut tidak pernah mendapat kunjungan seperti ini. Lawatan ini tentunya menjadi satu kenangan yang bersejarah bagi umat Islam kampung Rasak Laut, lebih-lebih lagi ianya diadakan dalam bulan Ramadhan dapat menambah lagi ketakwaan kepada Allah s.w.t.













