25 September 2008

SPA: Keputusan temuduga pembantu penguasa kastam dah keluar.

Dalam surat menyatakan keputusan temuduga Kastam ku tempo hari akan dijangka keluar pada 29 september, tapi dengan kecekapan kakitangan awam membuat kerjanya 25 haribulan hari ini sudah di ketahui keputusannya. Tengok cekap nda cekap diorang buat kerja. Sebab tu SPA bukan calang2 pilih orang. Nak tahu apa keputusan temuduga ku? Wahaha... Sedih aku. "Duka cita dimaklumkan anda tidak berjaya dalam urusan ini", inilah keputusan yang aku dapat. Dua kali sudah aku temuduga dengan SPA ni dua-dua pun aku nda dapat. Tapi ndapalah mungkin ada hikmah di sebaliknya. Mungkin ada yang lebih baik dari itu. Lagi pun aku ada degree, mungkin sebab kelayakan aku tinggi kot SPA nda terima. Sebab ari tu time temu duga aku nyatakan dalam resume ku yang aku ni ada kelayakan degree.

Sebenarnya aku nda kesah pun kerja apa, walaupun start dari bawah, kalau kakitangan kerajaan ni orang cakap masa depan terjamin. Kalau ekonomi merosot mcm mna sekali pun kerajaan jarang/nda akan buang pekerjanya, nda mcm swasta. Sedih juga lah nda berjaya temuduga ari tu sama lah macam kita pikat perempuan tapi nda diterima cintanya. Hehe.. Tapi nda pa la juga, orang tua-tua cakap asalkan jangan putus asa cari, kejayaan akan menunggu mu di hadapan. Hari ini mungkin aku nda dapat mungkin bisuk lusa aku dapat lebih baik dari itu. InsyaAllah. Sabar ja lah, lebih-lebih lagi bulan Ramadhan yang mulia ini.

Aku habis degree ku bulan february 2009 kalau ndada halangan. Start latihan industri ku 01 hb december sampai 06 february 2009. Mejoriti aku mintak tempat praktikal ku di bank, bukan apa, kalau diterima boleh jga aku rasa pengalaman macam mana suasana kerja di bank.


1 ulasan:

ZIR GCARL berkata...

tak pe tu mus..nanti ada peluang dapat la tu..

ClusterMaps

Jumlah pelawat.