29 November 2008

Jambatan Gantung Kg. Suang Kepoh@Tandek Hilir yang uzur.

Gambar menunjukkan keadaan Jambatan Gantung Kampung Suang Kepoh@Tandek Hilir. Untuk pengetahuan semua, jambatan ini merupakan laluan utama penduduk kampung ini. Ini baru gambarnya, kalau mahu lawatlah sendiri ketempatnya iaitu di Kg. Suang Kepoh,Tandek, KM. Tak pernah dengar nama kampung ini? Tanya saja kepada penduduk kampung Tandek diorang konform tahu.
Cadangan saya agar pihak yang berkuasa perlu memberi bantuan kepada kampung ini untuk membuat jambatan gantung baru yang lebih tahan seperti pada kampung-kampung lain. Sekiranya jambatan ini tidak dibaiki atau diperbaharui maka penduduk kampung ini sentiasa terdedah kepada bahaya. Penduduk kampung ini yang mempunyai anak-anak yang bersekolah sentiasa risau apabila anak mereka melalui jambatan ini.
Lihat!! Kayu-kayu@alat-alat yang digunakan kurang berkualiti. Kayu-kayu yang lembut kalau sentiasa terdedah kepada hujan dan matahari akan cepat reput. Elok kiranya jambatan baru di buat dan bukan jambatan yang macam ini yang cepat uzur. Penduduk bukan nak mintak lebih-lebih dari kemampuan kerajaan.
Antara kawasan yang merbahaya, lihat sahaja kawasannya macam rendah akibat ditutupi oleh pokok-pokok tapi sebenarnya tinggi. Bahaya kalau jatuh. Memang pun sudah ramai yang terjatuh. Kalau dibiarkan begini memang susahlah.
Kawasan yang pernah mengakibatkan seorang penduduk jatuh. Nasib baik tidak jatuh sampai kebawah. Penduduk kampung sangat memerlukan perhatian pihak berkewajipan. Siapa lagi kalau bukan kerajaan. YB Anita/wakil sekurang-kurangnya perlu melawat sendiri keadaan jambatan ini.
Kebanyakan papan yang digunakan untuk membuat jambatan ini adalah daripada jenis yang lembut. Oleh sebab itu, jambatan ini cepat uzur. Kalau diteliti betul-betul, jambatan ini kelihatan mereng(senget) sebelah kanan dikhuatiri tali/dawai penyokong jambatan ini sudah rosak atau mau putus. Papan untuk memijak pada jambatan hanya menunggu masa untuk patah.
Sekiranya diteliti pada gambar, jambatan ini amat merbahaya bagi penduduk yang menggunakan jambatan ini. Bayangkan sekiranya anda malalui jambatan ini pada waktu malam. Tentu anda merasa takut dan terlalu berhati-hati. Kalau yang gayat bertambah lah kegayatan dek keuzuran jambatan gantung ini. Gambar ini saya ambil bukan sekadar menghiasi ruangan blog saya, tapi untuk mengisi ruangan ini dengan keluhan penduduk kampung di daerah KM. Saya pasti, bukan setakat di Kampung Suang Kepoh sahaja malah ramai lagi kampung yang memerlukan perhatian. Memang jadi YB/MP banyak kerja mau dibuat, tapi apa guna jadi YB/MP kalau tak sanggup berkorban demi rakyat kawasannya. Kebajikan dan keselamatan rakyat adalah tanggungjawab YB/MP juga.

Bagi yang terbaca blog ini, mohon disebarkan maklumat ini agar dapat diketahui oleh pihak yang berkewajipan. Penduduk mahukan perubahan. Rakyat KM pilih BN kerana yakin BN boleh bantu dan ubah nasib rakyat.

Tiada ulasan:

ClusterMaps

Jumlah pelawat.