21 Disember 2008

Pantun pagi ceria


Kicau burung memecah sunyi,
Angin bertiup dingin sekali,
Segar sungguh pagi ini,
Terasa tenang di dalam hati.

Kopi panas roti masin,
Jadi sarapan di pagi hari,
Senaman pagi jadikan rutin,
Fizikal sihat kita miliki.

Angin bayu di pagi hari,
Menyapa tubuh terasa segar,
Senyuman ikhlas kita beri,
Sepanjang hari kita bersyukur.

Nyiur melambai tanda gembira,
Tarian hidup semulajadi,
Di awal pagi bergurau senda,
Penyejuk jiwa pengubat hati.

Turun bekerja cari rezeki,
Rezeki halal untuk keluarga,
Hidup aman kita miliki,
Harapan untuk kita semua.

By:
Lt M Muss/Rasak Laut

Tiada ulasan:

ClusterMaps

Jumlah pelawat.