01 April 2009

Jambatan Gantung Kampung Suang Kepoh. Menanti Bulan jatuh Ke Riba???

(Cuba lihat gambar di atas. Senget ketepi dan jambatan ini merupakan laluan harian penduduk kampung@murid-murid sekolah)
(Sudah ada kes kejatuhan di kawasan seperti dalam gambar di atas. Nasib baik tidak mati.)

Masuk entry kali ini sudah kedua kali saya postkan mengenai keaiban Jambatan Gantung Kg. Suang Kepoh. Sepertinya tidak ada pihak yang ingin mengambil tahu tentang permasalahan yang dihadapi khususnya penduduk di kampung ini. Semakin hari jambatan ini semakin tenat. Pihak berkenaan sila perhatikan gambar yang dipostkan ini. Samada wajar atau tidak wajar diberikan bantuan? Atau masih boleh dipakai atau biarkan saja begitu!!!

Walaupun saya bukan penduduk asal Kampung Suang Kepoh namun kekurangan yang dihadapi jiran sudah menjadi kewajipan bagi saya sebagai jiran untuk membantu. Penduduk kampung sudah membuat aduan kepada pelbagai pihak berkaitan tetapi seperti tiada maklum balas. Adakah penduduk kampung Suang Kepoh gelojoh meminta bantuan Jambatan baru??? Kalau betul gelojoh kemana lagi penduduk mengadu nasib untuk meminta bantuan. Penduduk buat tabung sendiri??? Majoriti penduduk ini adalah bekerja sebagai petani dan nelayan. Pendapatan boleh dikatakan seperti kais pagi makan pagi saja.

Siapa yang bertanggungjawab??? Itu terserah kepada mana-mana pihak yang berkewajipan yang terbaca entry kali ini. Yang pasti 100% penduduk kampung ini mengundi Barisan Nasional@Kerajaan...

4 ulasan:

ILLIE berkata...

muss..cuba ko kasi post ni sana SAM bah..baru rancak di ulas

Lt M Muss (PSSTUDM) berkata...

orait bro.rojer

John Lee berkata...

bang , di mana ini ?

Lt M Muss (PSSTUDM) berkata...

Maaf sdr Jon Lee. Baru online. jambatan ini terletak di kampung Suang Kepoh, mukim Tandek, daerah Kota Marudu. Kampung Suang Kepoh juga dikenali sebagai kampung Tandek Hilir.

Tujuan saya memaparkan gambar ini bukan ntuk memperlekehkan pihak berkewajipan. Tapi ini sudah kewajipan dan tanggungjawab mereka.

ClusterMaps

Jumlah pelawat.